Thursday, January 05, 2006

hubungi kami

Sila e-mel republikcinta@yahoo.co.uk atau jimadieshah@gmail.com. - C*

republikan

Pengarah
Jimadie Shah Othman

Kumpulan Pengurusan
Abdul Rahim Sabri
Mohd Fakri

Kumpulan Artistik
Man
Ogy
Ien
Shahril
Shahrin

Pemuzik Sekutu
Butterfly's Land
Alif (bes)
Angah (gitar dab vokal)
Farid (gitar)
Hotmar (lagu dan deram) - C*

latar

republik cinta atau ringkasnya republik (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kosong) diasaskan pada 2001 untuk kepentingan teater oleh tiga anak muda Perlis: Jimadie (skrip, pengarahan dan konsep), Syafril Khijar atau Chot (lakonan dan pengurusan)dan Ruslin (teknikal). Persembahan pertama mereka ialah bacaan puisi Suarakan Merdeka di Taman Budaya Perlis.

Rata-ratanya kumpulan ini dianggotai oleh mahasiswa dan anak muda yang obses dengan teater eksperimental, absurd, nonrealis, protes, agit-prop dan avant garde.

Pada 1 Jun 2002, mereka mementaskan teater sulung mereka Lilin Mengerang Panjang (karya dan arahan Jimadie Shah) sempena Festival Teater Perlis dan mendapat perhatian penggiat (terutamanya setempat) kerana kelainan gaya dan cerita dalam dunia teater setempat.

Pada 1 Jun 2002, dengan karya yang sama, republik tanpil dengan barisan baru terdiri daripada pelakon dan kumpulan pengurusan yang pertama kali di pentas, tanpa sokongan meterial dan pengalaman, mementaskan karya mereka hanya dengan modal idea dan semangat. Kumpulan ini percaya bahawa kekuatan idea yang dipandu oleh akal dan sihat dapat melahirkan sesuatu untuk dunia teater tempatan.

Atas dasar itu, mereka tampil dengan siri diskusi tidak berkala yang membincangkan pelbagai isu. Aktiviti ini mereka namakan Mini Kuliah republik cinta (miniPublik). Ketika ini ahli repuplik digelar republikan dan menariknya, tiada ahli perempuan yang tetap dalam kumpulan ini.

Keahlian mereka ditetapkan tidak melebihi umur 26 tahun (jika perlu, keputusan baru melalui mesyuarat akan dibuat). Ini kerana republik percaya sepenuh hari pada potensi orang muda (26 kami kira telah tua).

Pada 2004, mereka telah membikin sebuah filem pendek eksperimental berjudul Tuhan Kota Teks yang diadaptasi daripada artikel Fathi Aris Omar Mencari Tuhan Di Kota Teks (dalam majalah seni budaya Siasah).

Dalam setiap persembahan, mereka dibantu oleh kumpulan muzik underground Butterfly's Land yang menguruskan tata muzik persembahan. Semua lagu yang dimainkan adalah secara live dan fresh (lagu baru). - C*